Thursday, 15 September 2011

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT
  • Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.



  • Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".



  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.



  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.



  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari  peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.



  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.



  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.



  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.



  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.



  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi



  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.



  • Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.. Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.



  • GAYA PEMAKANAN SIHAT

    • CARA ?
      Amalkan makan satu sudu madu Lebah pada waktu malam sebelum tidur, diikuti dengan beberapa teguk air masak . Pada awal pagi pula (tidak kurang dari setengah jam sebelum bersarapan, amalkanlah memakan sebiji buah kurma segar.
    • MENGAPA MADU DAN KURMA ?
      MADU LEBAH mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w:
    • "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
              "Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".
    BUAH KURMA pula mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan

  • MENGAPA?
    • Gaya atau amalan pemakanan seharian sejak kita bangun tidur hingga masuk tidur merupakan penentu utama tahap kesihatan kita untuk hari-hari seterusnya. Jika pengambilan setiap makanan/minuman dilakukan dengan tidak berhati-hati, risiko pengumpulan bahan-bahan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak, kolestrol, kimia, toksik, racun, kafein, dadah dan lain-lain dalam sistem dalaman tubuh adalah tinggi. Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebab berbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madu lebah sebelum tidur adalah adalah satu cara terbaik untuk mengimbangi atau menangani masalah tersebut.
    • Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebah akan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahan kimia, racun, menghancurkan lemak dan kolestrol, meredakan ketegangan saraf dan memperkayakan kandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kita tidur. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarang jenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalam tubuh berada pada tahap yang tinggi.
    • Keadaan ini menyebabkan kandungan vitamin, glukosa semulajadi dan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserap oleh sistem tubuh secara maksima. Ini memberi kesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya. Dengan rutin yang tetap gaya pemakanan tersebut, insyaAllah selepas beberapa bulan selepas mengamalkannya akan berlakulah berbagai perubahan, melibatkan peningkatan kesihatan dan penyembuhan penyakit secara cepat dan berkesan.



  • BAGAIMANA ?
    Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur.



  • Khasiat Madu Lebah Asli



  • Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.


  • Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.


  • Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.



  • Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .


  • Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.


  • Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin. 


    •   Khasiat Buah Kurma Segar

  • Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry.



  • Kurma memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengan kurma akan berasa segar dan bertenaga dan dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.



  • Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf terkandung di dalam kurma. Potasium jika diambil berlebihan tidak memudaratkan tubuh badan, sebaliknya sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres, sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya ingatan.



  • Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada masalah barah usus.



  • Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam kurma dapat menambahkan air susu.



  • Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.



  • Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kurma juga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.





  • Monday, 11 July 2011

    Majlis Persaraan Puan Harison Bt Bahari PK HEM SK Kodiang

    Hari terakhir Puan Harison di SK Kodiang iaitu pada 25 Mei 2011.
    Kehadiranmu di SK Kodiang membawa seribu makna.

    Friday, 8 July 2011

    Sinopsis Jurnal

                                                         TAJUK JURNAL :
    SINOPSIS JURNAL :

    Dalam meniti era ledakan teknologi maklumat pada alaf ke-21, kebanyakan guru sepatutnya sudah bersedia untuk mengimplementasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran sains di dalam bilik darjah.
    Sekumpulan guru-guru yang dijalankan kajian ke atas mereka sudah bersedia untuk menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Sains walaupun pada tahap yang sederhana bagi aspek pengetahuan dan sikap. Semua guru sepatutnya mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dan mendalami bidang teknologi memandangkan ianya merupakan satu perubahan yang positif untuk kecemerlangan pelajar.

    Peranan teknologi maklumat menjadi begitu penting terutamanya dalam bidang pendidikan sebagai asas penyaluran ilmu antara guru dengan pelajar. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat seperti komputer, bahan elektronik, Liquid Crystal Display (LCD), kamera video dan sebagainya yang boleh menjadi bahan perantara yang berpotensi dalam menjayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kemajuan fikiran, kehendak dan teknologi pengajaran.

    Teknologi maklumat ini juga dapat memberikan peluang kepada guru dan pelajar untuk meneroka ilmu mengikut kehendak dan tahap pencapaian masing-masing. Kebanyakan guru sudah bersedia untuk mengimplementasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka tetapi apa yang menjadi masalah utamanya ialah mereka tidak tahu bagaimana untuk menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penerapan mata pelajaran teknologi maklumat dalam sukatan pelajaran tertentu di peringkat sekolah ialah salah satu inisiatif bagi membolehkan guru-guru membiasakan diri dengan penggunaan teknologi maklumat serta meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi.

    Tahap kesediaan guru merupakan aspek penting bagi menangani perubahan ke arah pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan selain merupakan kayu pengukur untuk melihat sejauh mana pemahaman guru tentang teknologi terkini dan mengetahui segala kemahiran menggunakan teknologi tersebut. Selain itu, kesediaan guru juga merupakan salah satu elemen penting yang dapat memainkan peranan untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baru serta didedahkan dengan penggunaan teknologi yang baru. Sekiranya guru tidak bersedia, maka segala program yang akan dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran yang melibatkan teknologi baru seperti pelaksanaan sekolah bestari tidak akan dapat dijayakan dengan berkesan.
    Berikan komen anda mengenai ulasan jurnal ini..... Terima kasih

    Thursday, 7 July 2011

    Cara-cara Untuk Atasi Stress

    Menurut Smartz, ada tiga cara untuk menangani Stress.
    1. Tenangkan diri dengan tarik nafas dalam-dalam, dan bayangkan udara memenuhi paru-paru kita secara berperingkat-peringkat.
    ***Cuba anda bayangkan anda sedang berada di atas pentas berhadapan dengan ramai orang. Apa yang anda rasa, tentu anda merasa stres dan gemuruh bukan. Degupan jantung anda pula berdegup dengan kencangnya dan nafas anda pula pendek. 
    ***Bagi mengatasi masalah tersebut, gunakan lah teknik pernafasan untuk mengurangkan perasaan stres anda. Gambarkan paru-paru anda di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian bawah, pertengahan dan atas. Tutup mata dan bayangkan anda mengisi bahagian bawah paru-paru anda, bayangkan bahagian pertengahan paru-paru pula di isi. 
    ***Kemudian bayangkan bahagian terakhir iaitu bahagian atas paru-paru anda pula di isi dengan udara. Sekarang agak-agaknya apa yang berlaku kepada anda di atas pentas.
    ***Anda tentunya akan merasa lebih tenang kerana bila udara memenuhi ruang pernafasan anda, jantung akan dapat berfungsi dengan lebih baik kerana mendapat udara yang cukup.
    (Smartz di artikelnya Tangani Stress Anda)
    2. Membuat perancangan bagi setiap tugasan kita. Dahulukan mana yang utama.
    3. Uji tahap tumpuan kita. Sama ada kita dapat fokus atau tak dengan satu-satu kerja. Kaji solat kita. Sebab solat berkait rapat dengan kehidupan kita sehari-hari.
    ***Satu lagi teknik yang baik ialah teknik meningkatkan tumpuan. Cuba anda buatkan beberapa gumpalan kertas yang kecil. Dalam jarak tertentu cuba baling dan masukkan gumpalan kertas tersebut ke dalam gelas. 
    ***Masuk tak, kalau masuk maknanya anda berjaya memberi tumpuan dan otak anda telah mengarahkan tangan anda untuk fokus kepada sasaran yang dikehendaki. 
    ***Kalau tak berjaya, bagaimana agaknya solat kita? Kalau tidak berjaya sebenarnya dalam solat juga kemungkinan kita tak dapat memberikan tumpuan dan fokus yang sepatutnya. 
    ***Itu adalah petanda yang kita perlu semak semula solat kita. Ingatlah Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang. Fikir-fikirlah.
    (Smartz di artikelnya Tangani Stress Anda)

    Semoga Berjaya!

    1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia (2 Julai 2011) di SK Kodiang

    Suasana di sekolah pada hari tersebut



    Hari Guru SK Kodiang 2011

           Guru Yang Dihormati

    Guru…..
    Sesungguhnya pengorbanan
    Mulia ini tiada terbatas
    Hanya terima kasih
    yang dapat ku ucapkan
    Semoga kejayaanku ini
        menjadi  nadi dan semangat 
    padamu
    Bacaan ikrar
               
    Guru-guru SK Kodiang
    Acara sukaneka guru,waris dan murid
                                                    
    Persembahan oleh murid prasekolah
                                               

    Sunday, 19 June 2011

    Cara Membina Blog

    Daftar di Blogspot

    Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.
    Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
    1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.
      Pendaftaran Blogger
      (klik imej untuk besarkan)
    2. Namakan blog anda.  Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.
      Pendaftaran Blogger
      (klik imej untuk besarkan)
      1. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda.
      Pendaftaran Blogger
      (klik imej untuk besarkan)
    Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:
    Pendaftaran Blogger

    Mulakan Menulis!

    Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.
    Blogger
    Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.
    Blogger
    Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?
    Blogger
    (klik imej untuk besarkan)

    Ubahsuai Rupa Blog Anda

    Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”
    Blogger
    Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.
    Blogger
    Contoh sidebar yang dihasilkan:
    bloggero-06

    Ok, Blog dah siap.

    Friday, 3 June 2011

    Jurnal Ict

    PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN BAHAN P&P BERASASKAN WEB - Webquest BAGI MATA PELAJARAN ICT.
    http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2034%202009/pdf/BAB%5B07%5D.pdf
    Sinopsis Jurnal :
    Jurnal ini telah menghuraikan tentang perkembangan ICT yang telah menukar wajah P&P melalui penggunaan komputer,LCD dan pelbagai perisian multimedia yang canggih.Pelajar dapat akses kepada pelbagai jenis maklumat dari pelbagai sumber.Ia meliputi "belajar tentang ICT" dan "belajar dengan ICT".Pelajar dapat terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang merangkumi sesi perbincangan maya.Ilmu yang disampaikan juga perlu sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara.Tetapi untuk memastikan setiap pelajar dapat menguasai subjek ini dalam masa yang lebih cepat, enam komponen Webquest telah direka bentuk untuk pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan menggunakan internet.Kelebihannya ialah kandungan dan maklumat yang disampaikan adalah teratur , memudahkan pembelajaran,menarik perhatian untuk belajar, tidak membosankan dan memudahkan pelajar membuat rujukan.Kesimpulannya saranan kerajaan Malaysia supaya mengaplikasi ICT di sekolah sangat tepat setanding dengan negara maju yang lain di dunia.

    Salam...

    Tengok  filem Charlie Chaplin tanpa dialog,
    Habis filem cik abang belanja makan;
    Saya cikgu baru belajar buat blog,
    Kalau tak kena tolong ajarkan.