SINOPSIS JURNAL :
Dalam meniti era ledakan teknologi maklumat pada alaf ke-21, kebanyakan guru sepatutnya sudah bersedia untuk mengimplementasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran sains di dalam bilik darjah.
Sekumpulan guru-guru yang dijalankan kajian ke atas mereka sudah bersedia untuk menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Sains walaupun pada tahap yang sederhana bagi aspek pengetahuan dan sikap. Semua guru sepatutnya mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dan mendalami bidang teknologi memandangkan ianya merupakan satu perubahan yang positif untuk kecemerlangan pelajar.Peranan teknologi maklumat menjadi begitu penting terutamanya dalam bidang pendidikan sebagai asas penyaluran ilmu antara guru dengan pelajar. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat seperti komputer, bahan elektronik, Liquid Crystal Display (LCD), kamera video dan sebagainya yang boleh menjadi bahan perantara yang berpotensi dalam menjayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kemajuan fikiran, kehendak dan teknologi pengajaran.
Teknologi maklumat ini juga dapat memberikan peluang kepada guru dan pelajar untuk meneroka ilmu mengikut kehendak dan tahap pencapaian masing-masing. Kebanyakan guru sudah bersedia untuk mengimplementasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka tetapi apa yang menjadi masalah utamanya ialah mereka tidak tahu bagaimana untuk menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penerapan mata pelajaran teknologi maklumat dalam sukatan pelajaran tertentu di peringkat sekolah ialah salah satu inisiatif bagi membolehkan guru-guru membiasakan diri dengan penggunaan teknologi maklumat serta meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi.
Tahap kesediaan guru merupakan aspek penting bagi menangani perubahan ke arah pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan selain merupakan kayu pengukur untuk melihat sejauh mana pemahaman guru tentang teknologi terkini dan mengetahui segala kemahiran menggunakan teknologi tersebut. Selain itu, kesediaan guru juga merupakan salah satu elemen penting yang dapat memainkan peranan untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baru serta didedahkan dengan penggunaan teknologi yang baru. Sekiranya guru tidak bersedia, maka segala program yang akan dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran yang melibatkan teknologi baru seperti pelaksanaan sekolah bestari tidak akan dapat dijayakan dengan berkesan.
Berikan komen anda mengenai ulasan jurnal ini..... Terima kasih
Tahniah ..blog yang menarik...
ReplyDeleteTidak dapat dinafikan lagi teknologi kini merupakan media penting dalam pendidikan
ReplyDeletePenggunaan ICT memang menarik murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
ReplyDeleteKurangnya persediaan daripada guru merupakan faktor utama p&p tidak dijalankan menggunakan ict. Guru-guru lebih selesa menggunakan kaedah tradisional. Kini tiba masa untuk guru-guru melakukan anjakan paradigma.
ReplyDeleteICT perlu digunakan untuk menarik perhatian murid... lebih ceria dan tidak membosankan...
ReplyDeleteYalah..budak zaman sekarang kan membesar dengan teknologi
ReplyDeleteCikgu sudah ada kesediaan untuk mengaplikasikan pengajaran menggunakan TMK tetapi apabila hendak menggunakan makmal komputer, ada saja cobaan yang ditempuh.Contohnya, ada komputer rosak,keyboard cap ayam,LCD tak mau keluar gambar,LCD jadi sarang burung cak dan sebagainya.Semua itu lumrah tetapi akhirnya kita dapat juga menggunakan peralatan ICT ini.Biar rosak sebab digunakan daripada rosak dan berhabuk sebab jarang dimanfaatkan.
ReplyDeletePemilihan artikel yang menarik. dapat memberi info yang terbaik untuk semua pembaca terutama kita yang bergelar guru.
ReplyDeletecikgu sekarang perlu 'upgrade' diri selari dengan kemajuan negara...
ReplyDelete