Thursday, 7 July 2011

Cara-cara Untuk Atasi Stress

Menurut Smartz, ada tiga cara untuk menangani Stress.
1. Tenangkan diri dengan tarik nafas dalam-dalam, dan bayangkan udara memenuhi paru-paru kita secara berperingkat-peringkat.
***Cuba anda bayangkan anda sedang berada di atas pentas berhadapan dengan ramai orang. Apa yang anda rasa, tentu anda merasa stres dan gemuruh bukan. Degupan jantung anda pula berdegup dengan kencangnya dan nafas anda pula pendek. 
***Bagi mengatasi masalah tersebut, gunakan lah teknik pernafasan untuk mengurangkan perasaan stres anda. Gambarkan paru-paru anda di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian bawah, pertengahan dan atas. Tutup mata dan bayangkan anda mengisi bahagian bawah paru-paru anda, bayangkan bahagian pertengahan paru-paru pula di isi. 
***Kemudian bayangkan bahagian terakhir iaitu bahagian atas paru-paru anda pula di isi dengan udara. Sekarang agak-agaknya apa yang berlaku kepada anda di atas pentas.
***Anda tentunya akan merasa lebih tenang kerana bila udara memenuhi ruang pernafasan anda, jantung akan dapat berfungsi dengan lebih baik kerana mendapat udara yang cukup.
(Smartz di artikelnya Tangani Stress Anda)
2. Membuat perancangan bagi setiap tugasan kita. Dahulukan mana yang utama.
3. Uji tahap tumpuan kita. Sama ada kita dapat fokus atau tak dengan satu-satu kerja. Kaji solat kita. Sebab solat berkait rapat dengan kehidupan kita sehari-hari.
***Satu lagi teknik yang baik ialah teknik meningkatkan tumpuan. Cuba anda buatkan beberapa gumpalan kertas yang kecil. Dalam jarak tertentu cuba baling dan masukkan gumpalan kertas tersebut ke dalam gelas. 
***Masuk tak, kalau masuk maknanya anda berjaya memberi tumpuan dan otak anda telah mengarahkan tangan anda untuk fokus kepada sasaran yang dikehendaki. 
***Kalau tak berjaya, bagaimana agaknya solat kita? Kalau tidak berjaya sebenarnya dalam solat juga kemungkinan kita tak dapat memberikan tumpuan dan fokus yang sepatutnya. 
***Itu adalah petanda yang kita perlu semak semula solat kita. Ingatlah Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang. Fikir-fikirlah.
(Smartz di artikelnya Tangani Stress Anda)

Semoga Berjaya!

12 comments:

  1. Memang bagus artikel ni, tahniah!

    ReplyDelete
  2. Saya rasa kita kena fokus pada semua perkara yang dibuat setiap hari.Alasannya mudah, kalau dah ada tumpuan, barulah boleh mencapai matlamatnya.Saya bersetuju sangat dalam contoh fokus dan tumpuan kita semasa bersolat...kena batang hidung kita jugak noo...

    ReplyDelete
  3. renung-renungkan...selamat beramal

    ReplyDelete
  4. amat berguna artikel ini. bolehlah hilangkan stress ..cantik pula blog cikgu

    ReplyDelete
  5. Maklumat yang bagus nak hilangkan stress.Thank you.

    ReplyDelete
  6. info yang menarik..boleh la kita ikut langkah ni jika kita alami stress ...tahniah

    ReplyDelete
  7. Maklumat yang baik untuk mengatasi stress.Boleh cuba jika kita alami stress

    ReplyDelete
  8. Ya la...kita ni tengah sterss.Banyak kerja kena buat sampai pening-pening lalat.

    ReplyDelete
  9. Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. Saya bukan setakat pening lalat sahaja..Pening kepala sampai kena ambil MC..Saya termasuk antara yg stress....Boleh amal petua yg cikgu Sharifah bagi.TQ...Terima kasih atas tunjuk ajar yg diberi terutama berkaitan ICT.

    ReplyDelete
  10. Kita sama-sama belajar...jadi apa yang kita tahu tu bolehlah kita kongsi dengan rakan-rakan kita.

    ReplyDelete
  11. biar mati kerana ajal..jangan mati kerana stress.

    ReplyDelete
  12. cntik blog nie.. artikel nie bgus la.. kdg2 kerja stress.. tip nie cntik gak.. tp saya suka tentang solat tu btul sgt2.. selamat beramal.. tq atas info ini yer cikgu...

    ReplyDelete